HADIAH NOBEL EKONOMI DAN KEPERCAYAAN BANK PINJAM DARI DEPOSIT


http://www.alpheus.org/nominating-the-2022-nobel-economics-committee/

https://www.marketwatch.com/story/bernankes-nobel-prize-is-harmful-because-it-rewards-faulty-thinking-on-how-banks-actually-work-11665832077 


HADIAH NOBEL EKONOMI DAN KEPERCAYAAN BANK PINJAM DARI DEPOSIT


ISU APAKAH INI? APAKAH HUBUNGKAIT DENGAN KITA?


https://telegra.ph/MMJ-Home-01-04


Dunia telah menghadiahkan Bernanke seorang Ahli Ekonomi dan Penasihat Kerajaan Amerika terkenal, dan 2 sahabatnya hadiah paling ulung dalam bidang ilmu ekonomi. Yakni Hadiah Nobel Ilmu Ekonomi. Bukanlah kita setuju sangat Ilmu Ekonomi barat ini yang jelas berpaksikan riba dan tidak harus diamal oleh mana-mana Kerajaan Negara Islam.


Yang ingin diterangkan disini ialah kepincangan ilmu Bernanke berkaitan bank berbanding kenyataan/ realiti yang telah difahami ramai. Kalau orang biasa-biasa saja yang silap faham ilmu asas ekonomi tidak mengapa – tetapi pemenang Hadiah Nobel?!


Bagaimana ini boleh berlaku? Ini akibatnya apabila suatu ilmu songsang telah diamal begitu lama berabad-abad sehingga masyarakat dunia rasa mustahil ilmu ini salah.


Apakah ilmu songsang yang dimaksudkan ini? Kami merujuk kepada kepercayaan asas bahawa bank memberi pinjaman dari kutipan deposit. 


Bank kutip deposit dari orang ramai dan memberi pinjaman kepada orang lain dan syarikat-syarikat adalah fahaman salah? 


Iyya fahaman itu salah dan tak berlaku.


Habis macam mana bank memberi pinjaman atau pembiayaan? Saperti yang telah disahkan satu dunia termasuk oleh Bank of England, European Central Bank dan juga Federal Reserve, Bank ada lah pencipta wang. Apabila bank memberi pinjaman atau pembiayaan duit baru dicipta oleh bank. Duit ini bukanlah dalam bentuk kertas saperti dalam dompet kita tu. Duit ini adalah dalam bentuk nombor yang berpindah dari akaun bank ke akaun bank.


Selalunya orang tidak percaya perkara ini terutama yang masih bekerja dengan bank dan termasuk juga sebahagian professor-professor ekonomi yang sedang mengajar diuniversiti.


Baiklah khususnya  untuk mereka ini kita turunkan buktinya dibawah melalui rentetan catitan akaun (accounting entry) untuk mencerahkan penipuan sistem Yahudi ini yang telah lama terhinggap diminda dunia 


Andaikan sebuah bank baru ditubuh.


Bank kutip deposit tunai sebenar sebanyak RM20 juta.


Catitan akaun nya ialah Dr Tunai RM20 juta Cr Deposit RM20 juta


Katakan  Nisbah Pinjaman/Deposit (“Loan/Deposit Ratio”) ialah buat masa ini 80%. Yakni jumlah pinjaman BNM tidak benar melebihi 80% jumlah deposit.



(Nota : Kita tahu sekarang ni BNM guna kaedah lebih canggih mengganti Loan/Deposit ratio tapi percayalah ia tidak ubah logik perbicaraan kita. Kaedah baru itu cuma beri peluang bank maksimakan peratusan pinjaman/pembiayaannya- ia masih sajenis “Loan/Deposit Ratio”)


Baik sekarang bank buat pinjaman kepada sebuah syarikat XYZ Bhd dengan mencipta duit atas angin.


Catitan Akaunnya ialah :  Dr Pinjaman 80 juta Cr Deposit RM80 juta (Deposit direka sahaja)


Boleh ke bank beri pinjaman dengan cipta saja deposit itu?


Baik mari kita lihat syarat yang diletak BNM – Yakni Loan/Deposit ratio tak boleh melebihi 80%.


Cuba kita congak jumlah deposit dan jumlah pinjaman diatas.


Jumlah pinjaman = RM80 juta

Jumlah Deposit Tunai = RM20 juta  +. Jumlah Deposit rekaan Bank = RM80 juta.


Jadi jumlah Deposit = RM100 juta   

Jumlah Pinjamn = RM80 juta


Loan Deposit Ratio =80% !!!     Tepati syarat BNM. BNM tak letak pun deposit mesti tunai!


Nampak bagaimana bank dibenarkan untuk cipta duit dari atas angin untuk memberi pinjaman?


Jadi inilah yang menjadi igauan Reformis Monetari dunia apabila Bernanke dan dua sahabatnya diberi Hadiah Nobel Dunia bersandarkan kepercayaan mereka bank memberi pinjaman dari deposit. Suatu kepercayaan yang kolot yang tidak harus diiktikad oleh pemenang Nobel Prize dunia.!!


Apakah kesan kepada dunia kepercayaan kolot bank memberi pinjaman dari deposit?


1) Negara tidak nampak bank sebagai pencipta wang didalam ekonomi negara. Bayangkan betapa pincangnya polisi ekonomi negara seandai kerajaan tidak faham bank cipta duit!  Sabenarnya Bank cipta 95% duit diMalaysia ; duit kertas dan syiling yang dicipta kerajaan hanya 5% (Nisbah purata dunia ialah 97%:3%)


2) Maka apabila Kerajaan tidak halusi dan faham akibat bank menghala 65% wang mereka cipta kepada hutang peribadi dan sektor peribadi, apa akan berlaku?


i) Inflasi ‘am yang melanda negara dari tahun ketahun; mencuri kuasa beli rakyat bertahun-tahun. Sebagai contoh ikan kembong yang pernah berharga RM5 sekilo kini RM17 sekilo. Inflasi 240%


ii) Inflasi gelembong rumah. Sebagai contoh harga rumah USJ dari RM160,000 tahun 1996 hingga RM550,000 tahun 2022= 244%


iii) Penglebaran jurang miskin kaya. Lihat statistik perbezaan pendapatan B40 dan T20. 1970 beza pendapatan RM3,500; beza 2016 RM13,240; beza 2022 RM17,852!


iv) Apabila hanya 16% wang diberi kepada sektor IKS* (Industri Kecil Sederhana) yang mencipta 70% pekerjaan dan menyumbang 40% kepada KDNK.


*(Takrif IKS = Syarikat yang mempunyai perolehan/jualan kurang dari RM50 juta)


1) Pengangguran anak muda dan graduan

2) Terciptanya “employers market” menciputkan gaji permulaan graduan dan anak muda. Gaji permulaan graduan engineer dilaporkan RM1,900 sebulan. Jauh bezakah gaji ini dengan ganji graduan engineer 20 tahun dahulu?


Tidak lama lagi kita akan hadapi pilihan raya umum. 


Adakah sesiapa yang memahami perkara asas yang dirungkai Movement for Monetary Justice/Gerakan Keadilan Monetari diatas, demi kesejahteraan ummah?



Comments

Popular posts from this blog

AND WE SIT WITH RAGE

THE NOBEL PRIZE FOR ECONOMICS AND BANKS LENDING FROM DEPOSITS /HADIAH NOBEL EKONOMI DAN KEPERCAYAAN BANK PINJAM DARI DEPOSIT

DEAR SON